Isnin, 5 Disember 2011

SEKAPUR SIRIH

Selamat Datang  dan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya ini.  Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada pensyarah subjek ini, Puan Saira Banu bin Omar Khan kerana melalui tugasan blog yang diberi ini, ianya telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi guru yang lebih baik di masa akan datang. Terima Kasih puan, kerana sudi menjadi 'instructor' e-learning kami pelajar PGG KPM (Tawau). Alhamdulillah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada suami dan rakan-rakan yang banyak membimbing saya untuk membina blog ini. Harapan saya semoga blog yang saya bina ini memenuhi kehendak tugasan blog untuk subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah untuk semester dua ini. Segala kekurangan dalam blog saya ini, diharap mendapat teguran dan tunjuk ajar dari Puan Saira dan rakan-rakan 'followers' sekalian.


Pengenalan:

Blog ini adalah blog pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjadi rujukan dan guru maupun murid-murid. Saya telah memilih tajuk Sains KSSR Tahun 2 (Elemen Kreativiti). Seperti yang telah didedahkan kepada guru sekolah sebelum ini, melalui KSSR terdapat Elemen Merentas Kurikulum. Ada tiga EMK yang harus diterapkan oleh guru KSSR iaitu: elemen kreativiti, elemen keusahawaan dan elemen teknologi maklumat. Penerapan EMK ini hanya dijalankan sebanyak 2 kali setahun (mohon pembetulan dari rakan-rakan yang lebih mengetahui). Guru diberi kebebasan untuk memilih tajuk yang ingin diterapkan. Guru juga boleh memilih tajuk yang pernah diajar sebelum ini.

Untuk pengajaran dan pembelajaran Sains KSSR Tahun 2/ Elemen Kreativiti , saya memilih untuk merancang p&p dengan  menggunakan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajaran 'Membuat Keputusan'. Ciri-ciri elemen kreativiti yang akan saya terapkan nanti adalah berdasarkan soalan-soalan yang berunsur kreatif dan kritis dan terarah yang bertujuan untuk membina pemikiran kritis murid. Di samping itu, aktiviti pemerhatian yang dijalankan oleh murid-murid berdasarkan kepada tayangan video juga terarah kepada pemikiran kritis dimana murid akan membuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan daripada perbincangan yag dijalankan secara kolaboratif.

Untuk penaksiran saya akan menyediakan lembaran kerja bagi menaksir sejaumana murid dapat memahami dan menguasai hasil pembelajaran tadi. Lagu musikal kanak-kanak juga diselitkan dan sesuai digunakan untuk penutup kognitif cikgu-cikgu.

Akhir sekali, sekiranya adalah tersalah bicara dalam mana-mana penulisan blog ini, diharap mendapat tunjuk ajar dari Puan Saira Banu dan rakan-rakan sekalian. Terima Kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan