Tahukah Adik-adik...

Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.





Video ini boleh digunakan untuk membantu guru membuat perkaitan pertumbuhan tumbuhan dengan keperluan asas tumbuhan. Kaitkan bagaimana air, udara dan cahaya matahari membantu tumbuhan tumbuh dengan subur. Video ini adalah dalam bahasa Inggeris. Guru perlu menerangkan kandungan video ini di dalam bahasa Melayu..

(Guru boleh menekan butang 'BERHENTI' pada widget song yang terdapat di bawah paparan blog ini)




Video di bawah menunjukkan proses percambahan biji benih. Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).